Kerajaan perkenal harga siling bergerak untuk jaminan sekuriti makanan – Ismail

Kerajaan perkenal harga siling bergerak untuk jaminan sekuriti makanan – Ismail

Memperkenalkan harga siling bergerak yang berubah kepada faktor harga input adalah antara langkah akan diambil kerajaan sebagai usaha menjamin sekuriti makanan negara, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, langkah itu seiring perancangan bantuan terus bersasar kepada golongan memerlukan seperti diumumkan sebelum ini.

Katanya, kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri juga akan dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan keluasan tanah bagi kegunaan pertanian.

“Ini untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat dengan menteri besar dan ketua menteri dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Perdana menteri berkata, langkah itu adalah antara keputusan dicapai hasil mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dipengerusikannya, hari ini, dan menurutnya, mesyuarat itu membincangkan tiga perkara utama berhubung kait dengan sekuriti makanan, memudahkan urusan perniagaan di Malaysia, serta menangani tenaga mahir dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Perbincangan melibatkan pembentangan pihak Khazanah Research Institute (KRI), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) dan wakil-wakil industri.

Sementara itu, Ismail berkata, keputusan lain dipersetujui ialah usaha memperluaskan ekosistem agromakanan dengan rantaian bekalan diterajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan.

Koordinasi ini, katanya, bagi memastikan kualiti, kuantiti dan pengeluaran hasil ke tahap optimum selain bekalan terjamin.

“Sebagai contoh bekalan dan harga ayam dapat dikawal sekiranya agensi kerajaan berkenaan terlibat dalam ekosistem industri penternakan bermula daripada membekal anak ayam, makanan ternakan, pengangkutan, pemasaran dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan meningkatkan kerjasama awam dan swasta dengan memberi fokus terhadap usaha modenisasi dan menggalakkan pertanian pintar dalam meningkatkan hasil pertanian.

“Inisiatif ini akan disokong melalui usaha menyatukan tanah ladang, tanah terbiar dan tanah wakaf,” katanya.

Tambahnya, bagi memastikan hasil pertanian mempunyai pasaran, program ladang kontrak akan terus digalakkan di mana peladang dan petani tidak mempunyai masalah memadankan pengeluaran hasil pertanian dengan permintaan pasaran.

Ismail berkata, kerajaan komited terhadap kajian yang berdaya maju dan berpotensi untuk dimanfaatkan secara strategik bagi mendepani cabaran global untuk menjamin ekosistem sekuriti makanan lebih inklusif dan menyeluruh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. FMT

Kerajaan perkenal harga siling bergerak untuk jaminan sekuriti makanan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker