Pas sudah melampau – Pemuda UMNO


Pas sudah melampau – Pemuda UMNO

Pemuda UMNO menganggap Pas sudah melampaui batas adab dalam berkawan apabila menyerang Presiden UMNO secara berkala seolah-olah ada satu gerakan terancang pelbagai pihak.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, beberapa pemimpin Pas akhir-akhir ini berjemaah menyerang kepimpinan UMNO semata-mata mahu menentang suara parti yang mahu diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun ini.

“Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin yang menyuruh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi ‘bisu politik’ dan meminta Ahli Majlis Tertinggi UMNO menasihati Presiden UMNO berhenti bercakap tentang pilihan raya umum jelas adalah satu campur tangan terhadap urusan UMNO.



“Ini parti kami, kami pandailah urus sendiri tanpa perlu orang luar memberitahu apa yang perlu dilakukan. Tidak perlu sibuk mencampuri urusan nakhoda kapal lain sedangkan kapal kamu sendiri sudah sesat haluan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kenyataan Khairil Nizam itu difahami sebagai membela kecaman terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang celupar mendakwa UMNO mahu PRU cepat kerana ada kaitan dengan kes mahkamah beberapa pemimpinnya.

“Sedangkan dia sendiri lupa tentang kenyataan flip flop Presidennya pada 28 Februari 2020 yang bertegas mahukan pilihan raya semula setelah Pakatan Harapan (PH) jatuh dengan sendirinya.

“Jelas daripada suara dua pemimpin Pas ini, mereka fobia PRU kerana menyedari saat hilang jawatan, hilang keistimewaan sebagai Menteri, Menteri Besar yang semakin hampir. Kalau boleh mereka mahu memberhentikan waktu, supaya tarikh tamat penggal sekarang iaitu pada pertengahan tahun hadapan tidak tiba,” katanya.



Jelasnya, desakan yang mahu pilihan raya umum disegerakan adalah suara majoriti ahli parti dan presiden bertanggungjawab memperjuangkan suara ahli.

“Pas sekiranya takut kalah, jangan bertanding pilihan raya. Jadi sahaja parti kuat ceramah sambil mengedar tong derma kerana ia lebih menguntungkan,” katanya.

Semalam dalam satu kenyataan akhbar, Khairil Nizam berkata, Ahmad Zahid perlu berhenti seketika daripada ‘berpolitiking kerana takut dengan bayang-bayang sendiri dan kehilangan jawatan. Utusan

Pas sudah melampau – Pemuda UMNO




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]



Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker