Kor Ming Kena Tanya PH Mana Pergi Duit “Maintenance”

Oleh Nurul Aisyah

PARTI DAP ini dilihat ada masalah komunikasi diantara pemimpin kanan mereka. Perkara ini terdedah apabila Nga Kor Ming membuat “posting” di Facebook bertanyakan mengenai keadaan Stadium Bukit Jalil yang seolah-olah tidak terurus.

Masihkah kita ingat ketika Sukan SEA 2017 yang telah diadakan di KL Sports City? Temasya sukan tersebut diadakan dengan sangat berjaya.

Namun selepas Pakatan Harapan(PH) ambil alih kerajaan apabila mereka menang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) nasib negara bagai jatuh ditimpa tangga.

RM1.6b yang diperuntukkan ketika BN memerintah ada 2 fasa. Ianya diusahakan oleh MRCB (syarikat yang KWSP mempunyai pegangan saham tinggi juga)

Fasa pertama BN buat persiapan untuk Sukan SEA 2017. Apa yang BN buat ketika itu?

Kerja pembangunan untuk
1. Stadium Putra
2. Pusat Akuatik Nasional
3. Stadium Hoki Nasional
4. “upgrade” laluan pengangkutan awam
5. “upgrade” laluan pejalan kaki di seluruh kawasan
6. ada “covered” walkway dari Bukit Jalil LRT

Apabila siap, projek-projek ini menerima pengiktirafan antarabangsa dan Sukan SEA diadakan dengan jayanya.

Perlu kita ingat yang sebenarnya, sebahagian besar peruntukan projek ini dalam Fasa 2 bermula tahun 2018.

Dalam rancangannya ketika itu
– kemudahan latihan sukan berprestasi tinggi
– Pusat Rehabilitasi Sains Sukan
– Youth Park
– kemudahan sukan awam
– Muzium Sukan
– Youth Hostel
– pusat konvensyen
– pusat beli-belah berkaitan sukan

Jadi Nga Kor Ming sepatutnya tahu ketika tahun 2018, RM1 bil peruntukan BN ini, PH telah gunakan untuk apa? Kenapa Nga Kor Ming salahkan kerajaan BN sedangkan yang tidak tahu buat kerja dan menyalahgunakan peruntukan tersebut adalah kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah selama 22 bulan tersebut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker