Cukai Makmur mampu jana RM10 bilion untuk kerajaan

Cukai Makmur mampu jana RM10 bilion untuk kerajaan

Kerajaan dijangka menjana pendapatan tambahan sehingga RM10 bilion tahun ini menerusi pelaksanaan Cukai Makmur yang dikenakan ke atas tidak lebih 250 syarikat di Malaysia.

Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group, Dr Anthony Dass, berkata pendapatan cukai tambahan itu lima hingga 15 peratus lebih tinggi berbanding RM63.75 bilion cukai korporat yang dikutip pada 2019, enam hingga 20 peratus berbanding RM50 bilion yang dikutip ketika pandemik melanda negara pada 2020 dan tambahan daripada kutipan RM65.5 bilion tahun ini.

“Cukai Makmur dijangka membabitkan tidak lebih daripada 250 syarikat. Anggaran cukai yang memberikan tambahan kepada pendapatan kerajaan adalah sekitar RM3 bilion hingga RM10 bilion tahun ini.

“Berbanding anggaran perolehan hasil kerajaan sebanyak RM234 bilion tahun ini, tambahan RM3 bilion hingga RM10 bilion kutipan cukai ‘one-off’ ini hanya merangkumi antara 1.3 peratus hingga 4.3 peratus,” katanya kepada BH.

Cukai Makmur yang dicadangkan menerusi pembentangan Bajet 2022 adalah cukai khas sekali saja, di mana syarikat dengan pendapatan bercukai hingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus.

Pendapatan bercukai selebihnya pula akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.

Sementara itu, Dass yang juga Ketua Penyelidik AmBank Research dan Setiausaha Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) berkata, berkata ada keperluan untuk menimbang semula lanjutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk kereta penumpang, yang akan berakhir hujung bulan ini.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun lanjutan boleh dilihat dari sudut positif, namun cabaran daripada pelaksanaannya kelak turut menyukarkan pengeluar kereta untuk membuat sebarang perancangan ke hadapan.

“Ia (lanjutan) akan menyukarkan pembuat kereta untuk meramal dan melakukan perancangan ke hadapan. Ini pastinya akan memberi kesan kepada aliran perancangan dan jumlah pesanan kerana ia memerlukan sekitar enam bulan lebih awal. Apabila ada lanjutan, tingkah laku bakal pembeli sekali lagi akan terganggu,” katanya.

Dass menjelaskan, jualan kenderaan pada suku kedua 2022 kukuh selepas pelanggan mengambil kesempatan daripada baki tempoh pengecualian SST.

Justeru, beliau berkata, pengeluar kereta meningkatkan pengeluaran dengan sebaik mungkin di tengah-tengah masalah kekurangan cip dan alat ganti bagi membantu pelanggan memanfaatkan pengecualian SST sebelum ia berakhir.

Katanya, disebabkan permintaan yang menggalakkan serta gangguan rantaian bekalan yang disebabkan oleh kekurangan global dalam alat ganti semikonduktor, di samping banjir yang berlaku pada Disember 2021, mengakibatkan penghantaran kereta terjejas

“Gangguan dalam rantaian bekalan mengakibatkan tempoh menunggu yang luar biasa lama untuk banyak model popular iaitu sekitar empat hingga lima bulan, kadangkala sehingga enam bulan untuk kebanyakan model tempatan dan asing yang lain.

“Masalah ini bukan hanya berlaku Malaysia, malah gangguan bekalan juga dialami di seluruh dunia, dari Amerika Syarikat (AS) ke Eropah, Jepun dan Australia.

“Keadaan itu juga menyebabkan harga kereta terpakai di banyak negara meningkat kerana peniaga tidak mempunyai kereta baharu yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Inisiatif pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) diperkenalkan oleh kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020, berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Ia merangkumi pengecualian cukai jualan 100 peratus bagi model CKD dan 50 peratus bagi model CBU. BH

Cukai Makmur mampu jana RM10 bilion untuk kerajaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker