MCA tak tanding PRN, akan bantu kempen BN

MCA tak tanding PRN, akan bantu kempen BN

Parti komponen Barisan Nasional, MCA mengambil keputusan tidak bertanding PRN enam negeri akan datang.

Setiausaha Agung Chong Sin Woon berkata MCA membuat keputusan itu selepas mengambil kira “situasi politik semasa”.



“Keputusan ini dicapai selepas perbincangan secara mendalam dan analisis, serta mengambil kira situasi politik semasa, di mana parti akan melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula,” katanya dalam kenyataan, tanpa huraian lanjut.

Beliau berkata, MCA akan memainkan peranan sebagai komponen BN untuk membantu calon gabungan itu pada PRN kelak.

Dalam pada itu, Chong berkata MCA akan lebih menumpukan persediaan berdepan PRU16.

Beliau berkata, MCA menegaskan berpegang teguh kepada falsafah penubuhan partinya, iaitu mana-mana keputusan diambil parti harus selari prinsip Perlembagaan Persekutuan.



“…yang menjamin kesederhanaan, kebebasan, dan demokrasi, di samping menjaga hak dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama kami,” katanya.

Pada 27 Jun, Pengerusi BN Zahid Hamidi beri jaminan MCA dan MIC akan diberi kerusi pada PRN di enam negeri.

Katanya, jika ada sebarang desas desus mendakwa ada peminggiran dalam kalangan komponen BN perlu dihentikan, sambil menambah MCA dan MIC akan diberi kawasan sesuai dan “boleh menang”.

Terdahulu, pengundi di enam negeri Semenanjung akan memilih wakil masing-masing pada 12 Ogos, sementara pengundian awal pada 8 Ogos.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Ghani Salleh, mengumumkan hari penamaan bagi PRU15 peringkat negeri di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu pada 29 Julai.

Ghani berkata, tempoh berkempen selama 14 hari bermula 29 Julai hingga 11 Ogos. FMT

MCA tak tanding PRN, akan bantu kempen BN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker