Suspek kes rogol tahun 2003 berjaya ditahan hasil ujian DNA

PETALING JAYA: Polis sekali lagi berjaya mengesan suspek kes rogol yang berlaku pada 19 tahun lalu melalui kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ini susulan penahanan seorang lelaki berusia 40 tahun di Bagan Serai, Perak pada 9.30 malam, Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, berbekalkan maklumat diperoleh daripada data profil ujian DNA, pihaknya menahan lelaki itu bagi membantu siasatan kes rogol yang berlaku pada 2003.

Katanya, suspek ditahan reman di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan segera dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan arahan bagi tujuan pertuduhan.

“Kita akan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan dalam mengesan dan menahan penjenayah meskipun menghadapi kekurangan maklumat pada awal siasatan termasuk menggunakan kaedah saintifik melalui data profil DNA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kaedah itu bagi mengenal pasti identiti suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

Jelasnya, polis turut menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan kejadian menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras jenayah untuk memberi keadilan kepada mangsa seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kekal selamat.

April lalu, siasatan saintifik menggunakan DNA berjaya mengenal pasti suspek dalam kes rogol remaja perempuan di Balik Pulau, Pulau Pinang, 12 tahun lalu. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker