Cambridge tewaskan Oxford jadi universiti kedua terbaik dunia

LONDON: Universiti Cambridge melonjak ke tangga kedua dalam kedudukan senarai universiti terbaik dunia dengan empat universiti dari United Kingdom berada dalam senarai kelompok 10 terbaik.

Lapor Daily Mail, carta universiti terbaik dunia oleh QS Quacquarelli Symonds 2023 menunjukkan Cambridge naik daripada kedudukan ketiga, sementara, Oxford jatuh dua anak tangga ke kedudukan keempat.

Perubahan itu agak mengejutkan ketika Universiti Oxofrd berperanan membangunkan vaksin AstraZeneca yang digunakan banyak negara di dunia.

Institut Teknologi Massachusetts (MIT) kekal berada di kedudukan pertama sejak 11 tahun lalu.

Sementara itu, Universiti Stanford di Amerika Syarikat di kedudukan ketiga, manakala, Harvard di tangga kelima.

Imperial College London meningkat dari tangga ketujuh ke kedudukan keenam, Kolej Universiti London (lapan), bagi tahun ini.

Secara keseluruhannya, dari senarai 90 universiti Britain, 10 daripadanya berubah kedudukan yang lebih baik sejak tahun lalu, 48 jatuh merosot dan 32 yang lain mengekalkan posisi.

Kedudukan universiti yang jatuh merosot antaranya disebabkan kapasiti pengajaran dan nisbah ahli akademik dengan pelajar.

Kedudukan 92 peratus universiti di UK merosot antara 2022 hingga 2023.

Pengarah Penyelidikan di QS, Ben Sowter berkata, UK kekal menjadi sistem pendidikan tinggi kedua paling berjaya di dunia, walaupun berlaku penurunan secara keseluruhannya.

“Ketika pendidikan tinggi British melayari masa depan pasca Brexit dan pasca pandemik, ia terus membina keupayaan membentuk perkongsian dan kerjasama berkesan serta menarik bakat global,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker