Pas Sedia Hadapi Risiko Tewas PRU15 Jika Terus Kekal Dalam PN – Abdul Hadi

Pas Sedia Hadapi Risiko Tewas PRU15 Jika Terus Kekal Dalam PN – Abdul Hadi

MARANG: Pas tidak gentar serta bersedia berhadapan dengan risiko sekiranya tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika terus kekal dengan Perikatan Nasional (PN) tanpa gabungan parti lain.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kesediaan parti itu mengharungi senario itu adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan melalui tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.



Menurut beliau, hasil daripada tiga PRN iaitu di Sabah, Melaka dan Johor, Pas mendapati pengundi yang memangkah gabungan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 tidak lagi berbuat demikian.

“Kita dapati, pengundi tidak mengundi PH (di tiga PRN). Sama ada mereka mengundi kita atau mereka tidak mengundi… mereka (juga) tidak mengundi Barisan Nasional (BN), jumlah sangat besar dan undi kita (Pas) naik di Melaka.

“Undi kita naik di Johor sehingga ada kawasan sampai 200 peratus naik undi itu, Cuma yang datang daripada kita tidak cukup lagi. Masa tak cukup, terlalu singkat, dengan sebab itu ada peningkatan dan kita akan usahakan lagi,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut menolak dakwaan pemimpin UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa Pas ‘gila kuasa’ kerana menolak PRU15 diadakan segera.

“Biasanya orang nak cepat (PRU) ini bila (kekalkan) kuasanya… orang yang tangguh-tangguh ini tak gila, fikir panjang, fikir panjang. Saya dah sebut kita fikir tentang rakyat.



“Rakyat menghadapi masalah yang banyak, COVID-19 masih belum diisytiharkan bebas lagi termasuklah hal-hal yang lain. Pilihan raya yang diadakan itu pun kerana dia paksa nak buat cepat, bukan kita (minta) dan kita masuk (bertanding) kerana terpaksa.

“Kita (Pas) biasa duduk bawah, kita duduk bawah dah tak jatuh dah, yang susahnya duduk atas, takut jatuh,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Nur Jazlan mendakwa, tindakan pemimpin Pas khususnya yang memegang jawatan dalam kerajaan campuran hari ini menolak untuk PRU15 diadakan awal adalah kerana mereka sudah kemaruk kuasa.-AA

Pas Sedia Hadapi Risiko Tewas PRU15 Jika Terus Kekal Dalam PN – Abdul Hadi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker