Jenaka Rogol: Pejabat Peguam Negara Mohon Tarik Diri Wakili Guru

Jenaka Rogol: Pejabat Peguam Negara Mohon Tarik Diri Wakili Guru

Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk menarik diri di Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat daripada mewakili guru yang disaman oleh pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam berhubung isu ‘jenaka rogol’.

Menerusi afidavit sokongan, dinyatakan bahawa permohonan itu dibuat kerana guru berkenaan, Khairul Nizam Sanuddin sudah diwakili peguam lain.

Hal ini katanya, menyebabkan berlaku pertindihan dalam perwakilan terhadap defendan pertama.

Permohonan menarik diri daripada mewakili Khairul Nizam, 44, turut disertakan afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Peguam Persekutuan, Muhairi Mohamed Noh.

Pada 26 November 2021, Khairul Nizam memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema & Yung dengan menamakan Ain Husniza dan bapanya, Saiful Nizam, 43, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan difailkan, Khairul Nizam yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sebuah sekolah menengah pada 24 April 2021 menyentuh subtopik ‘Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual, Katakan Tidak Kepada Amang Seksual, Kesan dan Akibat Amang Seksual’.

Subtopik itu terkandung di bawah tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Khairul Nizam yang mengajar lebih 20 tahun di sekolah berkenaan menyatakan, sepanjang proses pembelajaran itu, semua pelajar wajib membawa dan merujuk kepada buku teks PJK Tingkatan Lima.

Bagaimanapun, guru berkenaan menafikan membuat lawak lucah atau berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran PJK itu serta tiada galakan kepada perlakuan rogol.

Malah katanya, ia adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman serta pengajaran.

Sebelum ini, media melaporkan guru tersebut yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol, tidak diambil tindakan lanjut oleh polis selepas selesai menjalankan siasatan.

Ain Husniza dan bapanya yang disaman guru terbabit dalam isu gurauan keterlaluan berkaitan perbuatan merogol, akan memfailkan tuntutan balas dengan diwakili oleh peguam, Datuk Sankara Nair.-SH

Jenaka Rogol: Pejabat Peguam Negara Mohon Tarik Diri Wakili Guru

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker