Wanita Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan Diselamatkan Nelayan

Wanita Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan Diselamatkan Nelayan

KUANTAN: Cubaan seorang wanita membunuh diri dengan terjun Jambatan Tanjung Lumpur, awal pagi tadi, dekat sini, gagal apabila diselamatkan nelayan yang berada di kawasan berdekatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.08 pagi, dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Kuantan bergegas ke lokasi kejadian.



“Setiba di lokasi, didapati seorang wanita telah terjun dari jambatan dan mangsa berada berdekatan dengan sebuah bot nelayan yang kebetulan berada di situ.

“Pasukan Bomba segera meminta bantuan nelayan itu untuk menyelamatkan mangsa dan dibawa ke tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa telah diberikan rawatan CPR oleh pasukan EMRS sehingga keadaan mangsa stabil sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan susulan.-AA

Wanita Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan Diselamatkan Nelayan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker