Kes Covid-19 melonjak, catat lebih 2,000 jangkitan

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,165 kes berbanding kelmarin, 1,879 kes sekali gus mengatasi 1,488 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 918 kes diikuti Kuala Lumpur (487), Perak (113), Pulau Pinang (152), Negeri Sembilan (88), Sabah (87), Putrajaya (60), Johor (57), Melaka (54) dan Kedah (51). Ini diikuti Sarawak (47), Pahang (28), Kelantan (15), Terengganu (6), Perlis (2) dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 465 orang berbanding kelmarin, seramai 459 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 24 kes berbanding jumlah kelmarin, 25 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 13 kes berbanding jumlah kelmarin, 17 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.



Dalam perkembangan melibatkan kematian, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,709 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,573 kes

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker