Semakin Kurus! Penampilan Kurus Adibah Noor Kejutkan Netizen “Saya Makan Enam Suap Sahaja..”

Penampilan Kurus Adibah Noor Kejutkan Netizen “Saya Makan Enam Suap Sahaja..”

“SAYA jauhkan minuman bergula dan hadkan enam suap je setiap kali makan.”

Itulah jawapan penyanyi hebat Adibah Noor apabila ditanya mengenai rahsia bentuk fizikalnya yang semakin kurus.

Menurut Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar, sudah tibanya menjaga kesihatan diri memandangkan usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

“Lutut semua dah kaput. Jalan pun mengah, jalan penyelesaiannya adalah dengan kurangkan berat badan.

“Saya start pemakanan sihat ni selepas habis program Gegar Vaganza.

“Saya jauhkan makanan berproses. Misalnya kalau saya nak makan burger, saya cari gerai yang buat burger sendiri. Bukan yang dari dalam plastik yang dah siap,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Adibah lagi, dia mengamalkan makanan segar yang dimasak.

“Saya cari makanan yang dimasak fresh dan tak guna makanan yang diproses atau yang dalam tin. Saya juga hadkan pengambilan yang tinggi kalori.

“Kalau dulu, nasi lemak tu tiga bungkus saya makan. Sekarang, sebungkus,” ujarnya.

Melihat respon yang positif daripada pengikut di Instagram yang memuji penampilan terkininya, Adibah memanjatkan kesyukuran.

“Alhamdulillah, doakan yang baik-baik sahaja untuk saya,” katanya.

Penampilan Kurus Adibah Noor Kejutkan Netizen “Saya Makan Enam Suap Sahaja..”-GEMPAK

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker