Johan tekankan ilmu Tauhid untuk anak-anak

Johan tekankan ilmu Tauhid untuk anak-anak

“Secara asasnya adalah kenal Tuhan dulu (Tauhid). Itu yang saya terapkan dalam keluarga saya,” kata pelawak dan penyampai radio, Johan yang menjadikan Tauhid (ilmu mengenal Allah) sebagai pendidikan asas yang diterapkan dalam keluarganya.

Johan, 38, atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz mengakui itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selain mendedahkan dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengajar ilmu agama.



“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar.

“Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.

Menurutnya, Tauhid adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam memandangkan ia adalah ilmu asas yang akan memandu seseorang muslim itu dalam mengenal Pencipta.

“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu. Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.



“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya. HM

Johan tekankan ilmu Tauhid untuk anak-anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu



Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker