LIMA kembali berlangsung 23-27 Mei 2023

 

KUALA LUMPUR – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) akan berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei tahun hadapan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan supaya ia dapat dianjurkan kembali ialah berdasarkan aspek kejayaan penganjuran Defence Services Asia (DSA) pada Mac lalu serta ketersediaan negara selepas memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.



“Saya gembira hari ini kerana susulan daripada kejayaan DSA pada tahun ini kita tidak ada sebab untuk tidak menganjurkan LIMA ’23.

“Jadi, persiapan awal dengan pra-pelancaran hari ini merupakan sesuatu yang menunjukkan bahawa bukan sahaja kita serius dan komited tetapi pada masa yang sama kita buat persiapan lebih awal,” katanya ketika sidang akhbar majlis pra-pelancaran LIMA ’23 di Auditorium Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Sementara itu Hishammuddin berkata, LIMA edisi kali ini amat dinantikan bukan sahaja oleh Malaysia selaku penganjur, tetapi juga pempamer, delegasi antarabangsa dan orang awam memandangkan kali terakhir ia diadakan pada tahun 2019.



“Saya juga lihat masanya adalah tepat dan sesuai kerana kita terpaksa berada dalam keadaan ‘lockdown’ selama dua tahun kerana Covid-19, sekarang ini sempadan juga telah dibuka dan usaha merancakkan ekonomi kita dan sektor-sektor tertentu merupakan keutamaan kerajaan pada hari ini.

“Mengambil kira maklum balas semasa yang Malaysia terima dari rakan antarabangsa setakat ini, dijangka berlaku peningkatan seterusnya berpotensi menjadikan jumlah pempamer, astaka negara terbabit, pelawat perdagangan dan awam, tetamu serta aset di LIMA ’23 sebagai yang terbesar pernah direkodkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara



16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker