Isu loji sembelihan Australia, Jakim akhirnya dapat hubungi ‘The Hood Man’

Isu loji sembelihan Australia, Jakim akhirnya dapat hubungi ‘The Hood Man’

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akhirnya berjaya berkomunikasi dengan lelaki yang dikenali sebagai “The Hood Man” (Abdullah) yang memberikan maklumat berhubung loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, maklumat yang diperolehi daripada lelaki tersebut akan disahkan bagi tujuan siasatan kes tersebut.



“Abdullah sudah dapat dihubungi dan maklumat yang diberikan olehnya akan dijadikan satu bahan tindakan terhadap sesiapa yang pernah terlibat dalam kes tersebut.

“Setakat ini, kita telah pun gantung pun syarikat itu (lesen loji sembelihan TFI Lobethal),” katanya menurut laporan Kosmo.

Media sebelum ini melaporkan (Jakim) sedang menjejaki lelaki dikenali “Abdullah” iaitu individu penting yang mendedahkan isu loji penyembelihan halal di Australia baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai keselamatan Abdullah, Idris percaya tidak mempunyai sebarang masalah ekoran Australia merupakan sebuah negara yang menekankan mengenai hak kepenggunaan.



Jelas beliau, Jakim tidak pernah berkompromi mengenai isu halal yang merupakan aspek penting dalam makanan dan minuman kepada penduduk Islam di negara ini khususnya.

“Setakat ini, tidak dengar mengenai penyelewengan dilakukan pegawai Jakim dalam soal halal.

“Ini “clear” (jelas) dan ada menganggap Jakim rumit dan rumit disebabkan kita mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebab jaga makan minum orang. Disebabkan itu, halal Jakim dihormati di peringkat dunia,” katanya. FMT

Isu loji sembelihan Australia, Jakim akhirnya dapat hubungi ‘The Hood Man’



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib



Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker