Dua pesawat Roman Abramovich akan dirampas Amerika

Dua pesawat Roman Abramovich akan dirampas Amerika

WASHINGTON – Bekas pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich didakwa kerana mengeksport dua pesawat buatan Amerika Syarikat (AS) ke Russia tanpa lesen, lapor akhbar The Sun semalam.

Jabatan Kehakiman AS telah mengarahkan supaya dua pesawat milik bilionair Russia itu disita semalam.



Pesawat itu didakwa digunakan untuk melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Russia kerana menyerang Ukraine.

Menurut Jabatan Kehakiman, dua pesawat itu merupakan sebuah jet eksekutif Boeing 787-8 Dreamliner dan Gulfstream G650ER. Kedua-duanya diterbangkan ke wilayah Russia awal tahun ini sekali gus melanggar sekatan eksport AS.

Dalam surat pertuduhan berkenaan, Jabatan Perdagangan AS berkata, Abramovich menamakan anak-anaknya sebagai penerima manfaat daripada syarikat tersedia yang memiliki dua pesawat itu tetapi dia terus mengawalnya.

Menurut kertas pertuduhan, pendakwa raya persekutuan di AS kini berusaha untuk merampas kedua-dua pesawat itu.



Abramovich telah dikenakan sekatan di Britain dan Kesatuan Eropah (EU) kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Presiden Vladimir Putin dan Kremlin walaupun telah mengelak sekatan rasmi di AS. K Online

Dua pesawat Roman Abramovich akan dirampas Amerika


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau



Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker