Ismail merafak sembah sempena Hari Keputeraan Agong

Ismail merafak sembah sempena Hari Keputeraan Agong

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan “Dirgahayu Tuanku” kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau juga berkata, seluruh Keluarga Malaysia dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, esok.



“Patik sekalian juga mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan Tuanku agar sentiasa dilimpahi hidayah-Nya, juga beroleh ‘Afiah’ dan penuh kedaulatan,” menurut catatan beliau di laman Facebook.

Perdana Menteri turut melahirkan harapan semoga Malaysia terus maju di bawah naungan Seri Paduka.

Ismail Sabri turut menyifatkan Al-Sultan Abdullah sebagai Raja berjiwa rakyat, memayungi Keluarga Malaysia. BH

Ismail merafak sembah sempena Hari Keputeraan Agong




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker