Tarikh PRU15: DAP Mungkin Tidak Hormat Agong, Tapi Saya Hormat Agong – Perdana Menteri

Tarikh PRU15: DAP Mungkin Tidak Hormat Agong, Tapi Saya Hormat Agong – Perdana Menteri

“DAP punya perangai mungkin dia tidak hormat Yang di-Pertuan Agong tapi saya hormati Yang di-Pertuan Agong.”

Demikian jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas kenyataan Setiuasaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mendakwa beliau ‘flip-flop’ dalam menentukan keputusan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



“Kabinet akan berikan mandat kepada saya untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati Seri Paduka Baginda.

“Kuasa terakhir adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong. Baginda boleh tentukan kerana dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau bersetuju.

“Seri Paduka Baginda boleh menolaknya kalau baginda tidak bersetuju. Saya tidak boleh katakan tarikh yang tepat kerana itu kerana saya akan ambil alih tugas Yang di-Pertuan Agong

“Itu salah dari segi perlembagaan kalau saya tetapkan tarikh kerana kuasa penentu adalah daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu, di sini pada Ahad.



Tambah beliau, Perdana Menteri terdahulu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menetapkan tarikh pilihan raya.

“Cuba kamu semak dari kenyataan Perdana Menteri dahulu, ada atau tidak Perdana Menteri dahulu menetapkan tarikh PRU. Kalau tanya Dr Mahathir waktu itu, dia akan kata ‘saya belum dapat ilham’.

“Kalau saya beritahu lebih awal, seronoklah DAP. Mereka boleh siap sedia awal (ketawa). Jadi, kita tidak tahu bila.

“Apa pun, PRU akan dibincangkan oleh bersama top five UMNO, ada biro politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). Kemudian saya juga akan bincang dalam Kabinet,” ujarnya.



Anthony Loke sebelum ini di Facebook beliau berkata, Perdana Menteri perlu konsisten dan tegas dalam pendiriannya berkaitan tarikh pilihan raya.

Menurutnya, kenyataan dan mesej yang ‘flip-flop’ hanya akan menimbulkan ketidakstabilan politik yang berlanjutan dan akan memudaratkan lagi keadaan ekonomi negara.-AA

Tarikh PRU15: DAP Mungkin Tidak Hormat Agong, Tapi Saya Hormat Agong – Perdana Menteri



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker