Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’

Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’

MADHYA PRADESH, INDIA – Enam kanak-kanak perempuan di India dilaporkan telah diarak dalam keadaan berbogel dalam satu upacara keagamaan dipercayai dilakukan untuk menurunkan hujan, lapor Badan Penyiaran British (BBC), hari ini.

Kejadian itu berlaku di sebuah kampung yang terletak di wilayah Bundelkhand, negeri Madhya Pradesh yang kini dilanda musim kemarau yang teruk.



Video perarakan itu menjadi tular di media sosial yang memaparkan keenam-enam kanak-kanak berkenaan berjalan dalam keadaan berbogel sambil memegang kayu di atas bahu mereka dengan seekor katak diikat padanya.

Penduduk tempatan percaya bahawa ritual itu akan menenangkan dewa hujan dan menurunkan hujan ke wilayah tersebut.

Suruhanjaya Nasional India untuk Perlindungan Hak Kanak-kanak telah meminta laporan dari pentadbiran daerah Damoh, lokasi di mana kampung itu terletak.

Polis Madhya Pradesh menyatakan bahawa mereka tidak menerima laporan rasmi terhadap peristiwa itu, namun memberitahu bahwa satu siasatan telah dimulakan.



“Tindakan akan diambil sekiranya kami mendapati kanak-kanak itu dipaksa berjalan dalam keadaan berbogel,” kata Pegawai Polis Damoh, DR Teniwar.

Sementara itu, menurut pentadbiran daerah Damoh, ibu bapa kanak-kanak perempuan yang terlibat telah bersetuju dengan upacara tersebut, bahkan turut serta dalam ritual itu. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker