Pelajar MRSM Maut Kemalangan Ketika Pulang Cuti Sekolah

Pelajar MRSM Maut Nahas Dua Kenderaan

REMBAU – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Rumah Rakyat Kendong, di sini, malam ini.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Kota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9 malam.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Amer Izham Mokhtar, kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dari arah Rembau dan kereta Perodua Axia dari arah Tampin.



“Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan pemandu Proton Saga yang tersepit di kaki. Tiga penumpang kereta itu cedera dan dikejarkan ke hospital.

“Penumpang belakang kereta Perodua Axia yang juga pelajar MRSM disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke Seremban,” katanya ketika ditemui di Kendong malam ini.

Amer Izham berkata, ibu pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana parah manakala abangnya tidak mengalami sebarang kecederaan serius. -KOSMO! ONLINE.



Pelajar MRSM Maut Nahas Dua Kenderaan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker