Meerqeen bingung digelar ‘playboy’

Meerqeen bingung digelar ‘playboy’

Satu demi satu kontroversi menghimpit bintang popular, Meerqeen, 22, sejak mencipta populariti.

Gelaran ‘playboy’ mula diberikan kepadanya sejak tak habis-habis dihimpit gosip bersama wanita.

Selepas gosip bersama heroin gandingan dalam drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling kian ‘mengendur’, pelakon dan penyanyi tinggi lampai itu terpalit dengan kontroversi dakwaan bercium dengan Mimi Lana di sebuah kelab malam selepas pelakon sensasi itu membatalkan perkahwinannya dengan Syafiq Kyle.

Kehangatan pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berterusan dikaitkan dengan pelakon wanita berbeza dalam dalam naskhah lakonan termasuklah projek kempen jenama produk.

Meerqeen juga dikatakan cuba mendekati pelakon dari Indonesia, Caitlin Halderman selepas tular video dalam aplikasi TikTok yang memaparkan hantaran di Instagram Story (IGs) Meerqeen dan Caitlin yang memberi bayangan berada di tempat sama.

Kemudiannya, nama bintang yang mula diperkenalkan menerusi drama Angkara Cinta dikaitkan pula bercinta dengan pempengaruh media sosial yang juga adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan apabila video berada di kota Paris, Perancis tular.

Meerqeen berkata, dia pelik apabila segelintir netizen menuduhnya ‘playboy’ hanya disebabkan menjalinkan kerjasama dengan artis wanita.

Katanya, hubungan baiknya dengan beberapa selebriti wanita, termasuk Ameera tidak lebih sekadar rakan industri.

“Orang boleh cakap apa sahaja, nak buat spekulasi apa pun buatlah. Ini kerana yang duduk serumah dengan saya adalah keluarga.

“Bagi mereka yang kenal tahu saya macam mana. Saya dan Ameera kenal sejak 2019, di mana kami terbabit dengan fotografi untuk satu jenama besar.

“Saya juga kenal ibu Ameera, hubungan kami tak lebih sebagai kawan. Takkan terus dicop mempunyai hubungan istimewa apabila digandingkan sesi fotografi atau memenuhi undangan majlis.

“Saya tahu batas dalam pergaulan dan perlu menghormati persahabatan saya dengan rakan artis. Saya jadi serba salah apabila timbul gosip seperti ini.

“Saya tidak suka mencampur adukkan soal peribadi dengan kerjaya. Fokus saya hanya mengukuhkan kerjaya kerana banyak lagi yang belum saya capai sebagai pelakon,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, di sebalik semua itu, Meerqeen mengakui, 2023 adalah tahun yang banyak mengajar, mendidik dan membuka mata untuk memahami realiti dunia hiburan.

“Tidak semuanya indah dan manis, tetapi apa yang dilalui membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menyusun langkah.

“Di sebalik kemanisan dan kejayaan diraih dalam perjalanan kerjaya yang masih hijau, saya juga terpaksa menelan beberapa ujian agak berat terutama apabila turut memberi kesan kepada orang yang saya sayangi.

“Namun, saya bertuah memiliki keluarga dan pihak pengurusan yang banyak membantu serta memberikan kekuatan untuk terus bangkit meneruskan perjuangan saya,” katanya.

Meerqeen optimis mampu menjalani setiap ujian sebagai anak seni dan tetap pegang prinsip tidak semua persoalan mahupun kontroversi perlu dijawab dengan lantang.

“Saya tidak perlu menjawab setiap kontroversi yang menerpa, malah ada ketika berdiam diri lebih baik untuk tidak terus membuka ruang kepada manusia yang kurang senang dengan pencapaian, kejayaan dan ingin melihat saya jatuh.

“Apa yang penting, keluarga tahu apa yang dilakukan. Keluarga lebih kenal siapa saya berbanding orang lain.

“Orang luar bebas membuat telahan, tetapi saya dan keluarga lebih tahu perkara sebenar. Biarlah orang nak cakap apa sebab saya tak mampu nak puaskan hati semua pihak.

“Saya cuma perlu menjaga kualiti dan disiplin kerja. Ini kerana saya mahu bertahan lama dalam industri seni.

“Banyak lagi peluang yang ingin saya teroka dan tidak mahu soal remeh menjadi penghalang untuk teruskan langkah,” katanya.

Jejaka kelahiran Ampang, Selangor itu berkata, secara peribadi melihat 2023 sebagai tahun banyak membuka mata terhadap realiti perjalanan hidup anak seni.

“Dalam manis ada pahitnya, dalam kegembiraan ada ujian. Semua ini lumrah perjalanan hidup, tetapi semua yang berlaku menjadikan saya lebih matang, berani dan tidak gentar mempertahankan pendirian,” katanya yang diangkat Aktor TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Selepas menjayakan lima drama tahun ini, Meerqeen akan tampil dengan filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd.

Meerqeen berkata, ia adalah naskhah komedinya yang pertama.

“Ini kiranya sebagai filem komedi pertama. Faktor utama saya terima tawaran sebab akan bekerjasama dengan ramai rakan-rakan saya.

“Kalau nak ikutkan saya sedang bercuti selepas tak henti-henti jalani penggambaran.

“Namun, saya tolak rehat demi rakan-rakan. Saya yakin pasukan filem ini bagus dan sudah lama mengenali barisan pelakon, jadi mudah nak cari keserasian,” katanya yang juga akan tampil dengan filem Harimau Malaya. Utusan

Meerqeen bingung digelar ‘playboy’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker