Spiderman China panjat turun bangunan 37 tingkat

Lelaki di China menjadi tular apabila nekad memanjat turun bangunan setinggi 37 tingkat tanpa sebarang jaring keselamatan. – Daily Star

BEIJING – Seorang lelaki di Guiyang, China mendapat jolokan Spiderman sebenar selepas rakaman video memaparkan dia memanjat turun bangunan setinggi 37 tingkat, tular di media sosial, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Saksi-saksi yang berada di jalan dan bangunan bersebelahan, sangat terkejut melihat  keberanian lelaki tersebut.

Lelaki berpakaian baju-T berwarna putih, seluar jeans gelap, stokin putih dan berkaca mata itu meniti di pinggir balkoni lalu  memanjat pagar tingkap untuk turun ke bawah.

Anggota-anggota bomba telah dipanggil ke tempat kejadian tetapi sebaik sahaja lelaki itu melihat kelibat pihak berkuasa, dia mula turun ke bahagian luar bangunan.



Dia dipercayai memanjat turun  sejauh lebih 100 meter dan menolak bantuan bomba yang mengekori rapat setiap pergerakannya.

Namun,  ‘adiwira’ itu akhirnya mengaku kalah semasa di tingkat tiga apabila dia meminta anggota-anggota bomba menariknya masuk semula ke dalam bangunan.

Lelaki itu telah dibawa ke ba­lai polis tempatan,  namun tiada laporan mengenai motif perbuatannya.

Media tempatan membuat spekulasi bahawa dia mungkin mengalami episod tekanan mental sementara sebilangan yang lain percaya bahawa dia cuba melarikan diri daripada  perintah berkurung Covid-19. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker