‘Saya Keluar Parti Kerana Presiden’, Ketua Bahagian MCA Ledang, Goh Tee Tee Umum Keluar Parti

‘Saya Keluar Parti Kerana Presiden’, Ketua Bahagian MCA Ledang, Goh Tee Tee Umum Keluar Parti

Selepas Ketua Bahagian MCA Pontian, Datuk Tee Siew Kiong mengumumkan keluar parti pada Khamis, giliran Ketua Bahagian MCA Ledang, Datuk Goh Tee Tee pula mengambil tindakan serupa.

Tindakan diambil selepas tempoh rayuan 14 hari penggantungan lima tahun yang dikenakan terhadapnya tamat pada Khamis.

“Setakat ini memang saya setia lagi pada MCA, saya keluar parti kerana Presiden MCA. Kalau bertukar presiden lain, presiden mahu saya masuk semula saya masuk semula parti.

“Belum lagi bersedia ke parti lain, kerana saya baru umum keluar parti hari ini.

“Berat hati mengumumkan tidak buat sebarang rayuan. Tidak merayu tidak bermakna saya melakukan kesalahan. Tak guna merayu sebab parti dengar cakap presiden sahaja. Tiada siapa boleh cabar kepimpinan semasa sistem pilihan parti.

“Saya secara rasmi mengumumkan saya keluar dari parti MCA bagi menunjukkan bahawa saya tidak ada niat lain. Saya tidak yakin pada kepimpinan parti dan presiden. Berat hati menanggalkan baju yang sudah berpuluh tahun bersama saya, tetapi tetap hargai kenangan bersamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Taman Molek, di sini hari ini.

Tee Tee yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak berkata tindakannya keluar parti bagaimanapun tidak sama sekali menamatkan karier politiknya.

Tee Tee yang sudah 32 tahun bersama MCA bagaimanapun berkata dia sedia membantu calon MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya diperlukan.

Fokus utamanya kini membuat aktiviti kemanusiaan dengan membantu masyarakat setempat yang memerlukan.

Tee Tee digantung oleh Jawatankuasa Tatatertib MCA sebelum ini bagi siasatan kerana disyaki menggunakan pengaruh untuk mengurangkan undi calon MCA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.-AA

‘Saya Keluar Parti Kerana Presiden’, Ketua Bahagian MCA Ledang, Goh Tee Tee Umum Keluar Parti

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker