180 Taska, Tabika Kelolaan KEMAS Seluruh Negara Ditutup Ekoran HFMD

180 Taska, Tabika Kelolaan KEMAS Seluruh Negara Ditutup Ekoran HFMD

Sebanyak 180 buah tabika dan taska selian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara ditutup ekoran penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, penutupan tersebut adalah selama 10 hari atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambah Mahdzir, ibubapa dan penjaga tidak perlu risau kerana pihak Kemas katanya sentiasa memantau kesihatan kanak-kanak yang hadir ke tabika dan taska setiap hari.

“Keseluruhannya adalah 180 kita tutup. Apabila ada jangkitan di sekolah walaupun dua orang atau seorang kita tutup.

“Bukan maknanya penularan tu sampai habis satu sekolah. Jadi ada sahaja budaknya yang (dijangkiti) kita tutup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Kemas Negeri Pahang di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Keseluruhannya terdapat 11,314 tabika dan taska dibawah kelolaan Kemas diseluruh negara.-AA

180 Taska, Tabika Kelolaan KEMAS Seluruh Negara Ditutup Ekoran HFMD

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker