Ibu Reda Anak Maut Dilanggar Bas, Tidak Berdendam Dengan Pemandu Bas

Ibu Reda Anak Maut Dilanggar Bas, Tidak Berdendam Dengan Pemandu Bas

SEPANG – “Pemandu bas ada hubungi, minta maaf dengan saya. Saya pun tidak salahkan dia kerana dia juga sangat trauma,” kata Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, ibu kanak-kanak berusia setahun lima bulan yang maut dilanggar bas sekolah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi di sini semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian menimpa Zahida Mohamad Kassim yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

“Pemandu bas pun susah, basnya disita dan dia di balai. Dia ada telefon saya daripada semalam dan tadi pun ada hubungi tanya sudah selamat dikebumikan atau belum anak saya.

“Saya tidak simpan dendam pun kepada pemandu malah dengan rela hati saya beritahu polis yang mengambil keterangan, saya tak mahu pemandu bas tersebut diapa-apakan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Zainab yang bekerja sebagai pembantu kantin berkata, dia sudah lama menggunakan khidmat pemandu bas tersebut untuk mengambil anaknya yang lain pergi dan balik dari sekolah.

“Sewaktu kejadian berlaku, saya dan suami tiada di rumah kerana bekerja. Pemandu bas juga ada meminta maaf kepada ibu mentua saya dan dia kata tidak melihat anak kami (mangsa),” katanya.

Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, pada mulanya dia naik ke tangga bas untuk memberikan wang belanja sekolah kepada adiknya yang lain berusia lapan tahun.

“Selepas beri duit pada adik, saya turun dan bas bergerak. Kemudian, saya nampak Zahida berada di bawah bas dan menjerit. Saya ambil adik dan terus membawanya masuk ke dalam rumah.

“Pemandu bas itu juga meminta maaf kepada nenek dan beritahu dia tidak nampak adik dan tidak sengaja. Bagaimanapun, nenek memintanya menghantar murid lain yang berada di dalam bas ke sekolah,” katanya.

Nurul Aishah berkata, kemudian jiran di sekeliling rumahnya turut datang ke situ selepas terdengar suaranya menjerit dan membantu mereka membawa mangsa ke klinik dengan menaiki kereta.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.

Ujarnya lagi, pemandu bas tersebut telah ditahan semalam serta selesai memberi keterangan kepada pihak polis serta dibebaskan dengan jaminan. -KO/HM

Ibu Reda Anak Maut Dilanggar Bas, Tidak Berdendam Dengan Pemandu Bas

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker