Kes rogol: Wanita nafi setuju hubungan seks dengan pembantu Adun

Pengadu dalam kes perbicaraan rogol membabitkan pembantu kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham menafikan dakwaan bahawa dia bersetuju melakukan hubungan seksual dengan tertuduh, yang dikenali sebagai Mohd Zulfahimin Mahdzir.

Ketika pemeriksaan balas daripada peguam bela Chris Kooi, wanita berusia 33 tahun itu tidak bersetuju dengan cadangan bahawa dia menarik Zulfahimin ke dalam bilik tidur di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur di mana kejadian rogol itu didakwa berlaku selepas tengah malam pada 5 Dis 2020.

“Bukan dengan persetujuan saya, tidak! tidak! tidak!,” tegasnya.



Malaysiakini tidak menyiarkan nama pengadu untuk melindungi identitinya.

Wanita itu tidak bersetuju dengan cadangan Kooi bahawa ada orang lain di dalam bilik tidur yang meninggalkan mereka bersendirian di mana dia sebelum itu menari secara erotik di hadapan Zulhahimin di bilik karaoke tempat Hilman menganjurkan majlis hari jadinya.

Wanita itu juga mengatakan dia tidak sedarkan diri kerana mabuk, dan bukan sekadar ‘tipsy’ (mabuk ringan) dengan keupayaan melakukan hubungan seksual dengan Zulfahimin.

Wanita berkenaan merupakan saksi pendakwaan keempat dalam perbicaraan terhadap Zulfahimin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.



Dalam keterangannya, wanita itu mengenal pasti Zulfahimin sebagai individu terakhir yang diingati berada di atas badannya sebelum dia pengsan dalam keadaan mabuk.

‘Zul meniarap atas badan saya’

Semasa prosiding di hadapan Hakim Nor Hasniah Abdul Razak, wanita berkenaan merujuk tertuduh sebagai “Zul” – orang yang dikenalinya melalui Hilman dan merupakan pembantu kepada Adun berkenaan.

“Saya nampak Zul. Ketika itu saya dapat rasakan saya di atas katil. Rasa Zul atas saya. Meniarap on top of me (di atas badan saya),” katanya ketika menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Zilfinaz Abbas.



Dia mengenal pasti tertuduh, yang hadir di mahkamah hari ini, berdasarkan cermin mata, baju kotak-kotak berwarna merah dan biru yang dipakai pada malam kejadian, serta suaranya.

“(Saya) tanya where is Hilman, dia kata ‘Hilman is okay’.

“Saya cam suara. Rasa baju saya ditarik, Zul pusingkan badan saya sebelum saya pass out (tak sedarkan diri),” katanya.

‘Saya juga tidur dengan Hilman’



Pengadu memberitahu mahkamah bagaimana dia diperkenalkan kepada Hilman melalui seorang kenalan, yang dikenali sebagai Zaki, dan kemudiannya terlibat dalam”skandal” dengan ahli politik Bersatu itu.

“Saya katakan ini skandal antara kami berdua kerana kami bertemu bukan hanya sekali tetapi beberapa kali.

“Dan saya juga pernah bersama Hilman. Panggilan seperti ‘sayang’ dan ‘baby’…meletakkan hubungan kami seperti teman lelaki dan teman wanita,” katanya.

Wanita itu berkata sambutan hari lahir itu bermula dengan makan malam diikuti sesi karaoke di lounge VVIP, di mana alkohol dihidangkan dan dia minum lebih empat kali.



“Lepas karaoke, ada masa saya tahu saya muntah. Rina tolong cuci muka.

“Saya juga masih ingat saya dengar suara Hilman. Terasa seperti jauh sangat berjalan (ketika dipapah), saya cuma cam suara dan bau perfume dia,” katanya.

“Saya tidak dapat mengingati sebahagian besar daripadanya. Ada saat-saat tertentu ketika saya sedar dan yang lain saya tidak sedar.

“Seperti peti televisyen yang rosak, itulah yang saya rasakan,” katanya menceritakan detik-detik di dalam bilik hotel di mana dia terjaga sekitar jam 4 pagi dan mendapati dirinya bersendirian dan berbogel di atas katil.



Dia juga masih ingat merasakan berlakunya tanda penetrasi dan pakaiannya ditemui di dalam almari pakaian, manakala kondom terpakai dibuang di bilik mandi hotel.

Zulfahimin didakwa melakukan jenayah rogol itu di sebuah bilik hotel di Sri Hartamas pada 5 Dis 2020, selepas majlis hari jadi yang dianjurkan Hilman untuk wanita berkenaan.

Pada 7 Sept lepas, Zulfahimin dilapor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Wanita itu berkata selain Hilman dan Zulfahimin, dua rakan baiknya sejak sekolah menengah – “Mai” dan “Rina” – turut dijemput ke majlis makan malam itu.

Mahkamah juga diberitahu pengadu bahawa seorang lagi lelaki dikenali sebagai “Adi” dikatakan berada di bilik karaoke walaupun dia tidak ingat kehadirannya.

Zulfahimin menghadapi pertuduhan rogol selepas wanita berkenaan pada Januari tahun lepas memfailkan laporan polis kedua selepas menarik semula laporan polis yang awal.

Wanita itu berkata dia membuat semula laporan polis kerana dimaklumkan oleh rakan-rakan yang hadir pada parti itu bahawa Hilman telah merancang kejadian berkenaan.

Perbicaraan bersambung esok.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker