Kekurangan Bekalan Ayam Mendorong Ada Peniaga Jual Ayam Melebihi Harga Siling
Kekurangan Bekalan Ayam Mendorong Ada Peniaga Jual Ayam Melebihi Harga Siling
Terdapat peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling berikutan kekurangan bekalan ayam, namun ia masih boleh dibeli pada harga serendah RM6.99 sekilogram di pasaran.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.
Harga terendah di Lotus’s Selayang iaitu RM6.99 sekilo, manakala beberapa premis pula menjualnya pada harga RM8.90 sekilogram antaranya Mydin (Sinar Kota), Pasaraya Ong Tai Kim (Sentul), Pasar Pudu, NSK Trade City (Jalan Peel) dan Pasar Batu 5.
Aplikasi berkenaan menyediakan harga terendah dan tertinggi berdasarkan tinjauan KPDNHEP dalam masa tiga bulan dan boleh ditetapkan mengikut radius kawasan.
Di KELANTAN, peniaga, Hafiz Mustapa, 34, berkata dia terpaksa menaikkan harga RM2 bagi seekor ayam berbanding harga kebiasaan yang dijualnya berikutan kekurangan bekalan sejak tiga hari lepas.
“Sebelum ini saya dapat bekalan 50 ekor ayam sehari dengan harga sekitar RM10 hingga RM11 seekor, namun sekarang saya mendapat hanya 20 ekor pada harga RM12 seekor,” katanya.
Di PERAK, tinjauan mendapati harga ayam standard di kedai dan pasar basah sekitar Ipoh meningkat sehingga RM9.30 sekilogram semalam berbanding RM8.30 sekilogram.
Seorang peniaga Muhammad Qusyairi, 30 berkata isu kekurangan bekalan ayam menyebabkan harga ayam semakin tinggi.
Di SELANGOR tinjauan di beberapa lokasi mendapati ayam habis dijual dengan harga antara RM8.90 dan RM10.50 sekilogram.
Manakala di PAHANG dan MELAKA, tinjauan mendapati ayam dijual pada harga ditetapkan, namun terdapat peniaga mengenakan caj tambahan bagi khidmat memotong ayam pada kadar 60 sen hingga RM1 sekilogram.
Sementara itu, di JOHOR, NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU dan KEDAH, bekalan ayam boleh didapati di pasar awam dan pasar raya pada harga ditetapkan kerajaan.
Di SABAH, ayam masih dijual mengikut harga kawalan sekitar RM11 sekilogram, sementara harga bagi ayam mengikut bahagian berharga antara RM11 dan RM14 sekilogram.
Harga siling ayam di Sabah, Sarawak dan Labuan ditentukan mengikut lokasi.
Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling ayam pada kadar RM8.90 sekilogram di Semenanjung dengan subsidi sebanyak RM729.43 juta disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Februari lepas.– BERNAMA
Kekurangan Bekalan Ayam Mendorong Ada Peniaga Jual Ayam Melebihi Harga Siling
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?