UMNO Johor tidak pernah menolak Onn Hafiz sebagai MB

PASIR GUDANG – UMNO Johor tidak pernah menolak Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor menggantikan Datuk Seri Mohammad Hasni selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu berkenaan tidak timbul sama sekali dan parti tersebut di Johor tidak berbelah bahagi menyokong kepimpinan Onn Hafiz untuk menerajui kerajaan negeri.

“Tidak pernah ada penolakan tapi UMNO Pasir Gudang beri sokongan penuh kepada kepimpinan Onn Hafiz dan apa yang penting kerajaan sedia ada mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.



“Sokongan ini supaya beliau berjaya pimpin negeri Johor dan tingkat kedudukan kecemerlangan Johor. Kita di Pasir Gudang beri sokongan kepada Menteri Besar Johor,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang di sini pada malam Isnin.

Mohamed Khaled mengulas sama ada Onn Hafiz ketika ini menerima sokongan penuh daripada UMNO Johor sebagai Menteri Besar Johor selepas dakwaan UMNO negeri tidak memberi sokongan kepadanya semasa di peringkat awal menjawat jawatan itu.

Mengenai cabaran sama ada BN dan UMNO mampu mengekalkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mohamed Khaled yakin gabungan tersebut akan dapat menarik sokongan rakyat.



Menurut bekas Menteri Besar Johor itu, apa yang penting kerajaan dapat berkhidmat dan menyelesaikan semua masalah dihadapi rakyat.

“Soal PRU bila itu hak Perdana Menteri, tetapi sebagai pemimpin parti kita tentunya ada perkiraan dan pertimbangan yang dirasakan sesuai atau tidak sesuai mengadakan PRU. Sekarang momentum memang ada tapi kadang-kadang bukan asas (menang PRU) pada momentum sahaja.

“Kita yakin kekalkan momentum bergantung pada prestasi kerajaan negeri dan Pusat, kalau perkhidmatan yang diberi dijaga dengan baik mungkin momentum itu berpanjangan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU15, beliau berkata, keputusan tersebut akan ditentukan pucuk pimpinan parti.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker