Bayi termakan racun semakin pulih

ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia setahun yang kritikal selepas dipercayai termakan racun ketika pulang beraya di rumah neneknya, di Taman PKNK, di sini, pada 11 Mei lalu dilaporkan semakin pulih.

Bayi tersebut, Ku Nur Khayla Ku Muhammad Shukri, 1, yang sebelum ini dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dibenarkan pulang ke rumahnya kelmarin.

Ibu mangsa, Nur Hidayah Azman, 28, berkata, semua racun di dalam badan telah dibuang dan tiada sebarang kerosakan organ dalaman pada badan anaknya disebabkan racun tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pergerakan yang melibatkan otot-otot badan Ku Nur Khayla menjadi lemah mungkin disebabkan kesan ditidurkan dalam satu tempoh agak lama.

Katanya, selain itu, anaknya juga seolah-olah telah ‘lupa’ beberapa pergerakan yang lazimnya dilakukan seperti cara hisap susu, senyum, bersuara, merangkak, duduk dan berdiri.

“Anak saya masih perlukan pemantauan untuk pulih seperti sedia kala memandangkan dia belum dapat berdiri dan berjalan seperti biasa.

“Kami akan sambung rawatan susulan untuknya selepas pulang ke Johor nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nur Hidayah mengucapkan terima kasih kepada HSB dan semua pihak yang mendoakan keselamatan anaknya itu sehingga Ku Nur Khayla sembuh.

“Ujian ini memang berat buat kami sekeluarga namun saya bersyukur kerana anak selamat dan kembali ke sisi,” ujarnya.

Pada 11 Mei lalu, Ku Nur Khayla dilaporkan termakan serbuk putih beracun di rumah neneknya sebelum badannya menjadi lemah.

Ibu bapanya membawanya ke klinik berdekatan namun pihak klinik meminta mereka untuk terus membawanya ke hospital.

Ku Nur Khayla kemudian ditidurkan oleh pihak hospital susulan keadaan pernafasannya yang tidak stabil dipercayai kesan daripada racun tersebut. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker