Gaji RM1,500 bila perbaharui kontrak amah Indonesia, Majikan wajib bayar
KUALA LUMPUR: Majikan yang menggaji pembantu rumah warga Indonesia ketika ini wajib membayar gaji minimum RM1,500 apabila memperbaharui kontrak kerja mereka.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, pelarasan gaji itu adalah untuk disesuaikan dengan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai Jakarta-Kuala Lumpur April lalu.
Beliau berkata, gaji minimum RM1,500 dalam MoU itu tidak terbatas kepada pembantu rumah yang akan dibawa masuk bekerja di Malaysia mulai akhir bulan ini.
Sebaliknya, pihak kedutaan akan memastikan kontrak kerja pembantu rumah Indonesia yang diperbaharui turut memperuntukkan gaji minimum RM1,500.
“Semua kontrak (pengambilan) baru, itu semua (akan) terima (gaji) RM1,500. Yang sudah sedia ada di sini, dia akan perbaharui pasport dan buat kontrak baru pun, kita akan minta (dibayar) gaji RM1,500.
“Ia akan automatik berlaku, manakala pekerja dan majikan (perlu) tandatangan kontrak pekerjaan baharu. Imigresen akan mengeluarkan permit kerja apabila sudah ada perjanjian pekerjaan yang disahkan oleh kedutaan,” kata Hermono kepada FMT.
Ketika ini, pembantu rumah Indonesia dibayar purata gaji bulanan serendah RM900, malah ada yang dibayar lebih rendah, khususnya mereka yang tidak mempunyai permit kerja.
Jangan rekrut kalau tak setuju
Ditanya mengenai kemungkinan majikan keberatan untuk memberi gaji lebih tinggi kepada pembantu rumah yang sedia ada, Hermono berkata, mereka tidak harus bersikap sedemikian.
“Kalau (majikan) Malaysia tak setuju untuk harga RM1,500, jadi, jangan rekrut pekerja dari Indonesia. Kita harus hormat MoU sebab ia sudah tertulis dan ia sudah ditandatangani kedua-dua menteri.
“Kalau ada yang tak setuju, boleh dapatkan (pekerja domestik) dari negara lain. Ini pasaran terbuka,” tegas Hermono.
Menurut laporan sebelum ini, selain menetapkan gaji minimum, MoU itu juga menyenaraikan syarat kerja dan hari cuti bagi pembantu rumah.
Ini termasuk cuti sakit, cuti tahunan, hari kelepasan dan waktu bekerja setiap hari.
Pekerja juga mesti diberi sekurang-kurangnya 10 jam rehat setiap hari, termasuk tujuh jam berterusan.
Jika terpaksa bekerja pada hari rehat, mereka perlu diberi pampasan.
Hermono berkata, kerajaan Indonesia menaruh harapan tinggi MoU itu berupaya menangani pelbagai masalah berhubung kebajikan pembantu rumah warga Indonesia.
“Ada yang tidak dibayar (gaji) 10 tahun lebih, ada yang bekerja lebih daripada 18 jam, ada yang kerja A sampai Z (contoh) cuci kereta, mengasuh anak, kemas rumah, masak dan lain-lain.
“Saya lihat Malaysia (juga) ada komitmen untuk tangani isu buruh paksa. Elemen-elemen yang ada dalam MoU boleh dilihat sebagai kesepakatan dua negara dalam memerangi buruh paksa,” katanya.
Pendaftaran pekerja dibuka Jumaat
Hermono memberitahu, semalam kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur membuka pendaftaran untuk majikan Malaysia yang mahu mengambil khidmat pembantu rumah Indonesia di bawah MoU berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan Indonesia sudah melaksanakan sistem pengambilan pembantu rumah, namun Malaysia belum berbuat demikian.
“Baru (semalam) kita buka pendaftaran untuk mendatangkan pekerja domestik dari Indonesia sebab dari sisi Malaysia, belum siap sistemnya. Kita perlu ‘connect’ (sistem Malaysia-Indonesia), tetapi di Malaysia belum siap. Tapi kalau kita, sudah siap,” kata Hermono.
Beliau berkata, pihaknya menjangka kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia akan ke Malaysia di bawah MoU itu menjelang minggu depan, namun angkanya tidak dapat dipastikan.
“Kami jangka hujung bulan ini (akan ada kemasukan) tapi belum tahu jumlahnya sebab sistem dari Malaysia belum bersedia. Kita menunggu sistem Malaysia sedia,” ujarnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET