Banyak taktik kotor pemilihan PKR kali ini – Sumber

Banyak taktik kotor pemilihan PKR kali ini – Sumber

Kempen pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir sampai ke kemuncak nampaknya diselebungi pelbagai isu.

Ia termasuk dakwaan berlaku bagi memastikan sesetengah calon menang tidak kira apa jua cara.

Menurut sumber yang juga seorang pegawai Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mengendalikan pusat pemilihan pembuangan dan pengiraan undi di beberapa lokasi seluruh negara mengakui ada pihak-pihak tertentu berlagak gengster bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Sumber yang enggan mendedahkan namanya itu mengakui antara taktik digunakan pada saat-saat akhir ialah mendakwa isu teknikal dan system down sebelum waktu pembuangan undi berakhir.

Dakwa sumber itu, peluang itu akan digunakan untuk memastikan berlakunya ‘pertukaran undi’ bagi tujuan memenangkan pihak tertentu walaupun calon itu pada asalnya tidak memenanginya.

“Ini bukan cerita rekaan, media sendiri perlu hadir dan tengok sendiri. Selalunya ada calon-calon yang kebal dan tergolong dalam kumpulan kayangan yang mana mereka ada kuasa, wang dan sokongan pihak di atas.

“Calon-calon ini walaupun tidak mendapat sokongan pengundi akan tetap menggunakan ‘silap mata’ dengan ‘membeli’ atau mempergunakan pegawai JPP di lokasi-lokasi tertentu termasuklah di ibu pejabat parti bagi menipu undi.

“Undang-undang pemilihan juga tidak dipedulikan sebaliknya semua kesalahan dilanggar, yang di atas juga tutup mata kerana itu walaupun tidak dapat sokongan dan undi, akhirnya calon kayangan ini akan menang,” katanya.

Kata sumber itu lagi, sudah ada banyak aduan berkaitan politik wang malah ia bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam pemilihan parti kali ini.

“Kadang-kadang calon dan orang-orangnya juga akan berkerumun di tempat pembuangan undi dan juga di meja-meja JPP, undi itu rahsia tetapi bukan untuk semua. JPP ada kuasa tapi tidak semua tempat. Ada kalanya calon lebih ‘berkuasa’.

“Saya beri contoh, bagi setiap cabang perlu ada satu wakil yang jadi pemerhati bertugas tetapi ada tempat satu calon sampai 10 wakil, siap tekankan siapa yang perlu diundi, JPP pun takut dan tidak boleh buat apa-apa.

“Undi-undi seperti itu sepatutnya sudah dibatalkan tapi sini semuanya boleh. Pernah juga saya buat aduan rasmi namun tidak ada apa-apa berlaku kerana siasatan dalam. Pukul 3 ada seorang calon leading, kemudian pukul 5 boleh pula system down dan selepas itu calon kalah pula leading dengan undian tertinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, turut diberikan rakaman suara dan juga beberapa keping gambar berkaitan ‘permainan kotor’ calon terdesak untuk menang namun ia masih belum dapat disahkan.

Ada juga tangkap layar yang mendakwa berlaku tawar-menawar undian dengan harga antara RM50 hingga RM150 seorang malah ada dakwaan satu undi boleh dibayar sehingga RM300 selain bentuk barangan lain.

Ada juga pihak yang ‘berani’ membuat laporan polis dan ada juga takut untuk berbuat demikian kerana keselamatan diri.

PKR mengadakan pemilihan 2022 untuk memilih barisan kepimpinan baharu sebagai persediaan parti komponen Pakatan Harapan itu menghadapi PRU-15 yang dijangka tahun hadapan.

Untuk makluman, pemilihan PKR di Selangor akan berlangsung esok dan diakhiri di Perak serta Sarawak pada 22 Mei ini.

Pemilihan PKR pada kali ini memperkenalkan pengundian secara dalan talian melalui aplikasi Adil pada 18 hingga 20 Mei sebagai pilihan kepada anggota yang tidak mahu mengundi secara fizikal. MG

Banyak taktik kotor pemilihan PKR kali ini – Sumber


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker