Kenderaan Pacuan 4WD Rempuh Ambulans Swasta, Tiga Cedera

Kenderaan Pacuan 4WD Rempuh Ambulans Swasta, Tiga Cedera

KUCHING: Tiga individu cedera ringan dalam kemalangan membabitkan ambulans swasta dan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 19.5, Jalan Kuching-Bau di sini, pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Bingkok John berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 9.15 pagi.



“Ketika kejadian, dipercayai ambulans jenis Toyota Hiace milik Lifecare Kuching Society yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun sedang bergerak dari Lundu menuju ke Kuching.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 58 tahun dipercayai tiba-tiba memasuki laluan ambulans terbabit.

“Pemandu ambulans cuba mengelak, namun pertembungan tidak dapat dielakkan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Bingkok berkata, ambulans terbabit turut membawa seorang penumpang dan kedua-dua mereka cedera ringan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-AA



Kenderaan Pacuan 4WD Rempuh Ambulans Swasta, Tiga Cedera

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker