Catatan sebagai penasihat kepada Aman Palestin, Mukhriz Mahathir nafikan

Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir menafikan pernah menjadi penasihat Aman Palestin dan menegaskan beliau tiada sebarang kaitan dengan NGO itu.

Penafian itu menyusul catatan lama Aman Palestin mengucapkan tahniah kepada “Datuk Mukhriz”, dikatakan penasihatnya atas penganugerahan darjah kebesaran Kedah, yang muncul semula di media sosial, menimbulkan persoalan mengenai hubungan Mukhriz dengan NGO itu.

“Saya bukan penasihat mereka dan sudah meminta AP (Aman Palestin) memadamkan catatan mereka. Saya tak pernah menjadi penasihat mereka,” kata bekas menteri besar Kedah itu kepada FMT.

Aman Palestin sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan penyalahgunaan dana sumbangan RM70 juta.

Minggu lalu, agensi antirasuah itu membekukan 41 akaun bank membabitkan dana lebih RM15 juta, yang dikaitkan dengan Aman Palestin dan beberapa entiti lain.

Isnin lalu, peguam Aman Palestin, Rafique Rashid Ali memberi tiga hari kepada SPRM menyahbekukan akaun bank NGO itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Bapa Mukhriz, Dr Mahathir Mohamad turut menggesa SPRM membenarkan Aman Palestin menyampaikan bantuan musim sejuk ke negara Timur Tengah yang dilanda perang, sementara siasatan diteruskan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebaliknya berkata, ia tidak akan menyahbekukan akaun Aman Palestin dan tiada akaun akan dinyahbekukan sehingga siasatan selesai.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker