Beras Masih Perlukan AP Untuk Dibawa Masuk Negara -Kementerian

Beras Masih Perlukan AP Untuk Dibawa Masuk Negara -Kementerian

Beras merupakan bahan makanan yang masih lagi memerlukan permit import (AP) biarpun kerajaan memutuskan untuk memansuhkan AP bagi komoditi agromakanan semalam.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, pemansuhan AP sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam melibatkan beberapa komoditi agromakanan tertentu.

MAFI memberitahu, komoditi agromakanan tersebut ialah kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.

“Bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa. Keputusan pemansuhan AP ini adalah sebagaimana diputuskan oleh Jemaah Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri semalam mengumumkan kerajaan memutuskan untuk memansuhkan AP bagi komoditi agromakanan bagi memastikan bekalan dan sekuriti makanan negara mencukupi.

Dalam pada itu, MAFI berkata, walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan daripada luar negara, pengimport masih perlu mempunyai import permit (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.

Beras Masih Perlukan AP Untuk Dibawa Masuk Negara -Kementerian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker