Tawaran jual data rakyat Malaysia, Bukit Aman siasat dakwaan

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerima satu laporan berkaitan dakwaan wujudnya tawaran penjualan data rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

“Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Kita memberi jaminan siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu sebegini dapat ditangani dengan segera,” tegasnya.



Pada Rabu, media melaporkan data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia 18 hingga 82 tahun yang berada dalam JPN didakwa dijual dengan harga AS$10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data.

Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data dari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.

Ia bukan dakwaan baharu kerana tahun lalu, JPN turut mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan penjualan pangkalan data mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tahun lalu juga menafikan berlaku kebocoran data seperti dakwaan terbabit.



Bagaimanapun, isu penjualan data rakyat Malaysia kembali panas pada Selasa apabila laman sesawang terbabit sekali lagi memaparkan tangkap layar penjualan data peribadi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker