Roket dicuri lelaki di medan perang meletup dalam keretanya

GAMBAR menunjukkan bahagian belakang kereta yang meletup dengan serpihannya berkecai di atas jalan. – UAWeapons

MOSCOW – Sebuah kereta dilaporkan meletup di Russia dan berpunca daripada senjata api yang dibawa masuk ke sempadan dari medan perang di Ukraine, lapor akhbar Metro UK semalam.

Imej yang tersebar di media sosial menunjukkan bahagian belakang kereta itu hancur dengan serpihan berkecai di atas jalan raya.

Menurut media tempatan, kejadian berlaku di bandar Mytishchi yang terletak sekitar 1.6 kilometer (km) ke timur laut Moscow.

Akhbar Vechernyaya Moskva (VM) melaporkan, sebuah pelancar roket antikereta kebal telah meletup di dalam but kereta dan menyebabkan dua orang cedera.

Saluran berita Telegram, Rusia 112 pula melaporkan, dua lelaki yang cedera itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami luka akibat letupan, manakala penduduk di kediaman berdekatan turut dipindahkan.

Seorang lelaki yang cedera itu dikenal pasti sebagai pesara tentera, Mejar Viktor Kovtykov yang berusia 52 tahun. Dia dikatakan membawa bantuan kemanusiaan ke Donbass di timur Ukraine.

Rakannya, Nikolay Podobrazny, 38, turut terperangkap dalam letupan itu dan kini berada di unit rawatan rapi. Senjata itu dikenal pasti oleh pakar-pakar di Ukraine sebagai Pansarskott 86 (AT-4) buatan Sweden. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker