Tiada Rancangan Laksana MoU 2.0 Antara PH Dan Kerajaan – Mat Sabu

Tiada Rancangan Laksana MoU 2.0 Antara PH Dan Kerajaan – Mat Sabu

Tiada rancangan atau perbincangan di antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan untuk melaksanakan Memorandum Persefahaman (MoU) 2.0.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) juga Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berkata, MoU yang termeterai sebelum ini kekal sehingga Parlimen dibubarkan.

“MoU 2.0 belum bincang lagi, kita masih lagi MoU yang lama dan kita sedang menunggu tarikh Sidang Parlimen untuk (bentang) Akta Lompat Parti,” katanya kepada pemberita.

Mohamad atau lebih dikenali mesra dengan panggilan Mat Sabu itu ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Amanah di Stadium Shah Alam di Seksyen 13 di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad pula berkata, tidak timbul keperluan bagi membincangkan mengenai MoU 2.0 dengan kerajaan ketika ini.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, yang penting adalah kerajaan perlu memenuhi apa yang terkandung dalam MoU sedia ada yang telah dimeterai antara PH dan kerajaan sebelum ini.

“Satu perkara yang masih belum selesai adalah Akta Lompat Parti jadi itu yang kita desak untuk dibentang dan diluluskan sebelum Sidang Parlimen Julai ini,” katanya.

Terdahulu, pada 13 September 2021, satu MoU dan Transformasi Kestabilan Politik di antara kerajaan Persekutuan dan PH dimeterai atas titah Yang Dipertuan Agong, demi kemaslahatan rakyat dan ekonomi negara.-SH

Tiada Rancangan Laksana MoU 2.0 Antara PH Dan Kerajaan – Mat Sabu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker