Zahid Terima Kunjungan NGO Palestin, Sifatkan Perjuangan Akan Berterusan



Zahid Terima Kunjungan NGO Palestin, Sifatkan Perjuangan Akan Berterusan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan parti yang lain hari ini menerima kunjungan delegasi Global Coalition For Al Quds And Palestin (GCQP).

Pertemuan yang berlangsung di Yayasan Al-Falah membincangkan beberapa perkara antara lain isu Palestin d.

Delegasi GCQP dibarisi Deputy Director General of Quds International Institution, Dr Ayman Zeydan, Director of Pioneers for Palestine InstitutionAnd myself, Dr Fathi Abdelkader, dan Chairman of Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) Muslim Imran.

Ahmad Zahid ketika ditemui UMNO-Online berkata kunjungan delegasi Palestin itu mewakili beberapa buah NGO daripada negara berkenaan dan juga beberapa buah negara arab yang mendokong perjuangan rakyat Palestin dan juga Baitul Maqdis serta Masjid Al-Aqsa.




“Apa yang diperbincangkan oleh kami ialah agar kita menjadi tuan rumah untuk persidangan antarabangsa Palestin yang melibatkan NGO yang mendokong perjuangan Palestin seluruh dunia dan kita dicadangkan oleh mereka untuk diadakan persidangan ini di Kuala Lumpur.

“Di samping itu beberapa kerjasama yang telah terjalin antara NGO di Malaysia terutamanya UMNO yang telah menakhodai beberapa usaha membantu rakyat Palestin terutama menerusi lawatan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dalam misi menghantar bantuan UMNO dan rakyat Malaysia untuk baik pulih dan ubahsuai beberapa tempat yang rosak di Masjid Al-Aqsa.

“Saya sendiri pada Ramadan yang lalu telah bercakap dengan Imam Besar Masjid Al-Aqsa dan beliau juga bagi jaminan kerjasama antara Malaysia dan Palestin ini diteruskan.,” katanya.

Selain Ahmad Zahid, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Zambry Abd Kadir serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi turut sama pada pertemuan berkenaan.

Ahmad Zahid seterusnya menambah, terdapat juga beberapa perkara lain yang diperbincangkan pada pertemuan berkenaan.




“Tentunya terdapat beberapa isu lain yang telah kita bincangkan terutamanya apabila di Tebing Barat terdapat usaha-usaha yang sangat agresif oleh pihak Israel untuk melakukan penempatan baharu dan tentunya masyarakat antarabangsa seolah-olah bisu mengenai perkara ini dan resolusi demi resolusi tidak memberikan keberhasilan.

“Namun Malaysia bersama dengan negara-negara lain atas nama agama dan kemanusian kita mahu memperjuangkan rakyat Palestin yang tidak ada titik noktahnya selagi Palestin tidak dibebaskan daripada cengkaman dan jajahan Israel,” ujarnya. – UMNO Online

Zahid Terima Kunjungan NGO Palestin, Sifatkan Perjuangan Akan Berterusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.