Pemandu MPV tular enggan beri ambulans laluan ada masalah pendengaran
Pemandu MPV tular enggan beri ambulans laluan ada masalah pendengaran
Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular selepas enggan memberikan laluan kepada ambulans dalam keadaan siren dibunyikan disahkan mengalami masalah pendengaran, kata Ketua Polis Kampar Mohamad Nazri Daud.
Beliau berkata, pemandu MPV itu yang juga warga emas berusia 62 tahun mengalami masalah pendengaran “tinnitus-acoustic neuroma”, sejak tiga tahun lalu.
“Lelaki itu masih lagi mendapatkan rawatan lanjut dari pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
“Sehubungan itu, Polis Daerah Kampar melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku di KM292 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara.
Menurutnya, polis berjaya mengesan pemandu kenderaan itu, hari ini, dan pemandu serta pemilik kenderaan itu diarah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar bagi siasatan lanjut.
Terdahulu, video berdurasi 37 saat dipercayai dirakam dari sudut arah ambulans berkenaan yang memaparkan insiden, tular di media sosial hingga menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang turut berkongsi paparan video itu di Facebook.
Menerusi video itu, kelihatan MPV jenis Honda CRV warna putih berkenaan yang dipandu di lorong kanan, enggan memberi laluan kepada ambulans yang dibunyikan siren dan berada tepat di belakang MPV itu hingga memaksa ambulans memotong di laluan kiri. FMT
Pemandu MPV tular enggan beri ambulans laluan ada masalah pendengaran
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu