UMNO Tiada DNA Cetus Kekacauan – Ahmad Zahid
UMNO Tiada DNA Cetus Kekacauan – Ahmad Zahid
UMNO tidak mempunyai DNA atau baka untuk mencetuskan kekacauan yang kemudiannya boleh menyebabkan negara terjerumus kepada keadaan tidak menentu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tegasnya, ia terbukti apabila Barisan Nasional berlapang dada, menerima kekalahan dan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dan tidak menimbulkan sebarang kekacauan.
“UMNO punya catatan membangunkan negara. UMNO bersejarahkan kemakmuran dan kestabilan. UMNO berwajahkan keharmonian dan kesejahteraan.
“Justeru, soal kestabilan, keharmonian, kemakmuran serta kesejahteraan, adalah agenda yang tidak pernah luput, daripada kamus perjuangan UMNO.
“Jadikanlah PRU14 sebagai sempadan dan pengajaran buat negara. Pakatan politik yang baharu muncul ketika itu, hanya indah khabar daripada rupa.
“Pepat di luar, rencong di dalam, kokok berdegar-degar ekor bergelumang najis. Rakyat ditipu hidup-hidup,” katanya ketika berucap Perhimpunan Agung Khas UMNO 2022 di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan perpecahan yang berlaku dalam UMNO hanya akan merugikan parti dan beliau tidak sanggup melihat UMNO kucar-kacir.
“Dalam Pilihan Raya Umum Negeri Melaka dan Johor, kita menawarkan kestabilan sebagai jaminan, untuk kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat.
“Kestabilan amat penting untuk kita pertahankan. Sejarah UMNO, telah memperlihatkan bagaimana Perlembagaan dan Peraturan UMNO, sentiasa melalui proses pindaan.
“Ia dilakukan agar sesuai dengan keadaan semasa, di samping untuk membendung masalah dalaman, yang boleh menjejaskan kedudukan parti secara keseluruhannya,” ujarnya.
Jelasnya, sejak tahun 1990 sehingga kini, sebanyak tiga kali pindaan perlembagaan parti telah dilaksanakan berkait dengan soal pemilihan.-AA
UMNO Tiada DNA Cetus Kekacauan – Ahmad Zahid
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.