Mawar Karim beri amaran, jangan tunggang agama

Mawar Karim beri amaran, jangan tunggang agama

Usahawan Mawar Karim meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang didakwa mahu sabotaj kehidupan dan perniagaannya.

Beri Amaran Kepada Individu Yang Digelar Sebagai “S”

Menerusi Insta Stories, Mawar tampil bersuara kepada seorang individu yang digelar sebagai “S” agar tidak terlalu gigih menghasilkan akaun TikTok palsu semata-mata untuk menjatuhkan reputasi dan perniagaannya.

“Kepada S, tak perlu gigih upah create TikTok fake account semata-mata nak sabotage life, business, personal, reputasi saya, keluarga & orang yang tiada kaitan.”-Mawar Karim

“Jangan Jadi Penunggang Agama”

Tambahnya lagi, Mawar turut memesan individu tersebut untuk menjadi orang yang profesional dan bukan penunggang agama.

“Jadilah manusia yang profesional, bertauliah. One more jangan jadi penunggang agama atau munafik.”-Mawar

Ibu kepada seorang cahaya mata ini sempat memberikan amaran kepada individu berkenaan untuk tidak berselindung kerana suatu hari nanti orang ramai akan tahu siapa sebenarnya orang yang dikenali sebagai “S” itu.

“Come on, tak perlu berselindung di sebalik nama S.A.M. One day orang akan tahu siapa awak & APA KEGIATAN YANG AWAK JALANKAN.

Selama ini saya diam, diugut macam-macam. Kita serah pada pihak berkuasa. Kita kan nak jumpa di mahkamah nanti, Malaysia ada undang-undang.”-Mawar Karim

Terdahulu, Mawar Karim pernah bersuara mengenai individu digelar sebagai “S” yang tidak berhenti melemparkan fitnah terhadapnya. Malah, dia turut menyifatkan isu yang tular mengenainya yang dilakukan oleh individu tersebut adalah untuk memalukan dirinya. Mr

Mawar Karim beri amaran, jangan tunggang agama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker