Pakar setuju GST wajar dilaksanaan semula

SHAH ALAM – Pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) wajar, namun ia harus ditambah baik terutama dari segi tadbir urus dan juga ketelusan, kata Pengurus Kanan Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari.

Katanya, ia berikutan cukai seumpama itu telah pun banyak dilakukan di kebanyakan negara luar, malah terbukti mampu memberikan pendapatan kepada kerajaan kemudian diagihkan semula kepada rakyat.

“Kita jangan lupa GST diperkenalkan ketika harga minyak jatuh, kemudian dividen yang banyak tidak dapat diberikan oleh pihak kerajaan. Sebab itu GST diperkenalkan.

“GST bukan sesuatu yang baru, banyak negara lain, negara maju telah memperkenalkan sistem percukaian mereka dan ia telah terbukti berkesan.

“Justeru, pelaksanaan semula GST perlu ditambah baik terutama dari segi tadbir urus, dan juga ketelusan,” katanya pada program Wacana Sinar Edisi ke-344 bertajuk ‘#NajibVsAnwar Demi Rakyat atau Sandiwara Politik?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana mendakwa rakyat akan lebih senang pada hari ini jika GST masih ada, sewaktu sesi Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Program yang dimoderatorkan Ismail Adnan itu turut menampilkan presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan personaliti media sosial, Tai Zee How sebagai panel jemputan.

Mengulas lanjut Aira berkata, berbeza pula dengan pemikiran Anwar yang mana cukai tersebut tidak patut dikenakan ketika ini berikutan rakyat masih lagi berdepan dengan kesusahan.

“Jadi ini merupakan dua pemikiran berbeza. Pada saya agak positif yang mana kita boleh lihat ada dua pendekatan berbeza bagaimana untuk kita menaik taraf kehidupan rakyat,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, dia berkata, agak terlambat jika mahu berhujah sama ada janji pemansuhan GST itu satu populis ataupun sebaliknya, kerana apa yang lebih penting ialah satu perbahasan idea mengenai kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat berdasarkan fakta dan polisi.

“Masalah perdebatan pemansuhan GST tersebut pada saya ia sesuatu populis semata-mata dan tidak bersandarkan kepada dasar dan juga fakta.

“Jadi, apa sebenarnya yang kita perlu perbetulkan? Kalau sistem GST itu bermasalah, kita nak mansuhkan atau nak betulkan sistem itu,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker