Bina badan sumbang dua pingat di Hanoi 2021

Azri Asmat membawa pulang pingat perak dalam acara 55kg lelaki akhir di Hanoi Sports Training and Competition Centre pada Sukan SEA Hanoi 2021 pada Jumaat. – Foto Bernama

ATLET bina badan menyumbang dua pingat iaitu satu perak dan satu gangsa, pada temasya Sukan SEA Hanoi 2021 di sini, selepas sembilan tahun sukan itu tidak dipertandingkan.

Azri Asmat Sefri, 29, membuat kejutan dengan meraih perak dalam kategori 55 kilogram (kg) pada hari pertama sukan tersebut di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya beraksi di kejohanan luar negara, sebelum ini hanya kejohanan domestik sahaja.

“Saya gementar juga kerana pesaing yang berpengalaman, namun tetap berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya selepas upacara penyampaian pingat.



Wakil tuan rumah Mach Pam Van memenangi emas, manakala Kyaw Min Than dari Myanmar memperoleh gangsa.

Pingat gangsa pula dihadiahkan oleh atlet berpengalaman Malvern Abdullah dalam kategori 65kg.

Vietnam merangkul emas menerusi Tung Dang Thanh, manakala Pongsiri Prommachan dari Thailand membawa pulang perak dalam acara tersebut.

Sementara itu, pengurus pasukan Syed Fairuz Syed Ali mengesahkan sandaran emas negara Syarul Azman Mahen Abdullah telah didapati positif Covid-19 semasa tiba di Hanoi Rabu lepas.



Namun, katanya juara dunia empat kali itu, yang turut dikenali sebagai Mike, telah dibenarkan untuk bertanding pada Ahad lepas, selepas keputusan ujian terakhir Covid-19 beliau didapati negatif.

“Ketika ujian pra perlepasan di Kuala Lumpur, (ujian) beliau negatif, tetapi ujian calitan selepas tiba di hotel penginapan di sini positif.

“Beliau tiada apa-apa simptom dan kini telah menamatkan kuarantin untuk meneruskan misi emas,” katanya.

Kali terakhir bina badan dipertandingkan di Sukan SEA ialah pada edisi 2013 di Myanmar apabila Malaysia membawa pulang masing-masing satu emas, perak dan gangsa. – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker