Kereta kuda emas misteri hanyut ke pantai India

PENDUDUK tempatan menarik kereta kuda itu ke pantai menggunakan tali. – PBNS_India/Twitter

NEW DELHI – Sebuah kereta kuda berwarna keemasan ditemui terdampar di pantai sebuah negeri di India selepas taufan Asani melanda Teluk Benggala, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kereta kuda itu dipercayai dihanyutkan dari salah satu negara di Asia tenggara sama ada Indonesia, Myanmar atau Thailand.

Ia terdampar di pantai Pelabuhan Laut Sunnapalli di daerah Srikakulam, negeri Andhra Pradesh pada Selasa lalu.

Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan penduduk kampung dan nelayan tempatan berusaha menarik kereta kuda itu keluar dari air dengan bantuan tali yang diikat di sekelilingnya.



Sebaik sahaja keluar dari air orang ramai terus berkumpul di sekeliling kereta kuda itu dan mengagumi strukturnya.

Menurut seorang sub-inspektor kawasan Naupada di daerah itu, pihak atasan telah dimaklumkan dan mereka telah memulakan siasatan.

“Ia mungkin datang dari negara lain. Kami telah memaklumkan badan perisikan dan pegawai tinggi,’’ katanya.

Negeri Andhra Pradesh telah dilanda hujan yang tidak henti-henti akibat taufan Asani. Amaran merah telah dibunyikan di daerah Guntar dan Krishna dengan kemungkinan hujan menjadi sangat lebat. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker