Apa guna audit forensik jika Sapura Energy muflis?- Noh
Apa guna audit forensik jika Sapura Energy muflis?- Noh
Tiada gunanya audit forensik dilakukan terhadap Sapura Energy Berhad bagi mengenal pasti punca kerugian tanpa bertindak untuk menyelamatkan syarikat itu daripada muflis.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan, gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat hanya penyelesaian satu hala berbanding Datuk Seri Najib Razak yang lebih terangkum.
“Hujah Datuk Najib itu nampak ikhlas bahawa ini dua isu berbeza, selamatkan syarikat ini, dalam masa sama ambil tindakan kepada siapa yang salah.
“Tapi kalau Anwar tadi, mesti ambil tindakan mereka yang salah, nak selamatkan syarikat dan ambil tindakan mesti seiring.
“Jangan sampai syarikat runtuh kerana nak ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberi di bangunan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) malam tadi.
Sapura Energy yang ketika ini menanggung hutang lebih RM10 bilion amat komited untuk melaksanakan penyelesaian secara menyeluruh melalui Pelan Reset yang dirangka untuk memulihkan syarikat itu meskipun ia dijangka amat mencabar.
Dalam pada itu, Noh membidas hujah Presiden PKR itu yang mempersoalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang masih gagal mengheret individu tertentu yang terkait dengan salah laku rasuah dalam Sapura Energy.
“Dari segi jenayah, tindakan terhadap yang salah tiada had masa, lima tahun akan datang kalau kita boleh dakwa lagi, dapatkan bukti-bukti orang itu bersalah,” katanya lagi. MG
Apa guna audit forensik jika Sapura Energy muflis?- Noh
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu