PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Sempena Hari Umno semalam (11 Mei), pemimpin PAS membuat kenyataan bertali arus berhubung kerjasama kedua-dua parti itu sehingga menyebabkan ahli Majlis Tertinggi Umno Shabery Cheek tertanya-tanya sekiranya ada mesej tersirat yang cuba disampaikan.
“Apakah kenyataan di hari Umno ini ada mesej tersirat yang nak disampaikan sebelum Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) Umno pada 15 Mei kelak?” soal Shabery Cheek dalam satu hantaran di Facebook.
Bekas menteri itu merujuk kepada kenyataan oleh beberapa pemimpin PAS yang menyokong supaya kerjasama dengan Umno menerusi pakatan Muafakat Nasional diteruskan.
Antara mereka adalah Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin yang mendakwa rakyat mahu melihat Umno dan PAS bekerjasama kerana ia akan menyatukan umat Islam.
“PAS memberi jaminan bahawa PAS akan teruskan agenda penyatuan ummah ini meskipun presiden Umno menolak secara total agenda penyatuan ini.
“Untuk pemimpin Umno yang masih yakin bahawa PAS dan Umno adalah tawaran terbaik buat rakyat Malaysia, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan untuk teruskan agenda ini,,” katanya.
PAS tidak ada masalah dengan Umno
Bagi Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, partinya tidak mempunyai sebarang masalah meneruskan kerjasama politik dengan Umno melalui MN.
Dia yang juga adalah pengarah pilihan raya PAS, berkata, parti itu masih berpegang kepada keputusan pimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulama, iaitu memperkukuhkan MN dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN) demi memantapkan politik umat Islam dan Melayu di negara ini.
“PAS tidak ada masalah (bekerjasama) dengan Umno. Jika Umno ada masalah, mereka perlu selesaikan kerana PAS tidak ada masalah.
“Kita masih berpegang kepada keputusan dibuat kepimpinan dan Majlis Syura, kita konsisten dan tidak ada perubahan di mana PN kita mahu, MN pun kita mahu,” katanya.
Ulasan pemimpin PAS ini dibuat ketika kepimpinan Umno sedang berusaha untuk meminda perlembagaan parti mereka untuk melanjutkan tempoh mereka sekarang sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Shabery, berkata, pendirian pemimpin Umno mengenai kerjasama dengan PAS menerusi MN tidak pernah berubah.
“Takat ini, Umno hanya ada ketetapan ‘No Bersatu, No Anwar dan No DAP’. Ini ketetapan Perhimpunan Agung Umno bukan ketetapan presiden.
“Ada alasannya kerana ada sejarahnya. Ketetapan ini diterjemahkan ketika PRN Melaka dan Johor. PAS sudah pun membuat pilihannya. Iaitu melawan Umno.
“Namun, Umno belum ada sebarang ketetapan baru mengenai PAS atau MN. Atau separuh-separuh darinya,” katanya.
Hubungan dingin
Di sebalik kerjasama dan kejayaan pada pilihan raya sepanjang 2018 dan 2019, hubungan PAS dan Umno menjadi renggang selepas mereka menyertai kerajaan Muhyiddin Yassin pada 2020.
Keretakkan itu semakin ketara semasa pilihan raya negeri Melaka dan Johor pada Nov 2021 dan Feb 2022 yang menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri.
Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata PAS sebenarnya bersikap ‘talam dua muka” apabila mendakwa bahawa konsep penyatuan ummah di bawah payung MN sebagai formula terbaik menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Itu pandangan PAS… daripada awal itulah pendirian kita tetapi mereka sudah memperlihatkan sikap talam dua muka.
“Kita tidak mengambil kira bahawa soal kononnya politik matang sebagai organisasi apatah lagi pertubuhan politik yang siang cakap lain dan malam berubah bercakap lain pula apatah lagi esoknya.
“Kita mahu rakan yang setia dan kesetiaan itu bukan hanya kata-kata tetapi dari segi tindakan dan juga keputusan yang dilakukan,” katanya yang dipetik akhbar Berita Harian. Mk
PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.