Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT – Noh



Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT – Noh

Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS bagi merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH)pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno negeri akhirnya menyerahkan nasib gabungan itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, ia termasuk walak kepada keputusan MKT sekiranya kerjasama dengan PAS perlu dilupakan menjelang PRU15.

“Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15.




Zahid berkata, parti itu telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara yang terkandung dalam piagam MN, namun tidak disepakati.

Sebelum ini Noh berkata, Umno Selangor sedang melakukan rundingan kerusi bersama PAS bagi mengelak bertembung sesama sendiri dalam usaha menjatuhkan PH.

Pada 9 Dis lalu, beliau berharap Umno negeri diberi kuasa autonomi dalam melakukan rundingan dengan parti itu, namun tiada keputusan diberikan terhadap permintaan Noh daripada pimpinan tertinggi parti. FMT

Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT – Noh


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Leave a Reply

Your email address will not be published.