Rentung : PM ucap takziah



Rentung : PM ucap takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa kesedihan beliau menerima berita mengenai nahas membabitkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Terowong Menora kira-kira pukul 12.52 tengah malam tadi.

Menerusi perkongsian hantaran di Facebook beliau, Ismail Sabri berkata, sedih menerima berita memilukan tentang pemergian lima pelajar USAS terbabit.

“Pelajar-pelajar itu terkorban dalam nahas di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh tengah malam tadi.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan berharap agar tabah harungi dugaan ini,” katanya.




Perdana Menteri turut menitipkan doa agar roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh.

“Al-Fatihah,” katanya. E9

Rentung : PM ucap takziah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Leave a Reply

Your email address will not be published.