Bunuh ibu di laut untuk bolot harta pusaka

Bunuh ibu di laut untuk bolot harta pusaka

Seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) tergamak membunuh ibunya di tengah laut dalam usaha untuk membolot harta pusaka keluarganya.

Pendakwa raya berkata, Nathan Carman, 28, dari Vermont, membunuh Linda Carman dan menenggelamkan bot mereka semasa perjalanan memancing di Rhode Island, di timur laut negara itu pada 2016.

Dia ditangkap pada Selasa dan didakwa atas lapan pertuduhan, kata Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan.

Carman juga menembak dan membunuh datuknya John Chakalos di rumahnya di Windsor, Connecticut pada 2013, kata pendakwa raya.

Pertuduhan baharu itu menyatakan Carman membunuh dua saudaranya sebagai sebahagian daripada skim untuk mendapatkan wang dan harta daripada harta pusaka Chakalos dan dana amanah yang berkaitan.

Pendakwa raya juga menuduh Carman cuba menipu sebuih syarikat yang menginsuranskan bot nelayannya.

Carman ditemukan bersendirian, di dalam rakit boleh kembung, lapan hari selepas dia pergi memancing bersama ibunya, menurut laporan media AS.

Mayat wanita itu tidak pernah ditemukan.

Carman sepatutnya dihadapkan ke mahkamah di Vermont, pada Rabu.

Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup mandatori jika sabit kesalahan membunuh.

Tuduhan penipuan itu masing-masing membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun. HM

Bunuh ibu di laut untuk bolot harta pusaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker