5 Rentung: Jaga Kesihatan, Pesan Arwah Iqbal Kepada Adik Sepupu

5 Rentung: Jaga Kesihatan, Pesan Arwah Iqbal Kepada Adik Sepupu

Kuala Kangsar: Arwah Iqbal Hasnun Halimi, seorang daripada lima mangsa rentung di Kilometer 246, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, tengah malam tadi, sempat menasihati adik saudaranya ketika meraikan Aidilfitri, baru-baru ini, supaya sentiasa menjaga kesihatan.

Pesanan itu diluahkan Iqbal Hasnun, 23, kepada adik sepupunya ketika beraya di Johor minggu lalu kerana arwah sebelum ini sering dirujuk ke hospital atas faktor penyakit yang dialaminya sejak lahir.

Bapa arwah, Halimi Aliyahad, 50, berkata, dia mendengar anaknya itu berpesan kepada adik sepupunya untuk tidak menjadi seperti dirinya yang sering kali sakit.

“Sebaliknya cukuplah dia (arwah) seorang sahaja yang sakit dan bukan adik-adik (saudara) lain.

“Itulah antara kata terakhir sewaktu dia berjumpa dengan adik sepupunya sebelum dia kembali ke kampus Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) Ahad lalu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Menceritakan detik menerima maklumat mengenai nahas menimpa anaknya, Halimi berkata, perkara itu diketahui sekitar 3 pagi tadi apabila adik iparnya menelefon isterinya bagi mendapat kepastian mengenai nahas yang ketika itu sudah mula ditularkan di media sosial.

“Adik isteri (adik ipar) saya itu juga mendapat maklumat menerusi media sosial maka sejurus itu juga kami cuba menghubungi telefon Iqbal (Iqbal Hasnun) namun ia gagal untuk dihubungi.

“Ketika itu juga kami meneliti media sosial termasuk melalui akaun rakan Iqbal dan kemudian ia ternyata benar.

“Hilang kekuatan saya untuk bertolak dari Johor ke sini apabila menyedari hal itu sehingga memaksa saya meminta bantuan adik untuk memandu ke sini,” katanya.

Selain Iqbal, empat lagi pelajar Usas yang maut dalam kejadian 12.52 tengah malam tadi itu dikenal pasti sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Iqbal adalah pelajar semester tiga Sarjana Muda Pengajian Islam Usas; manakala empat mangsa lain adalah Muhammad Nasrun (Sarjana Muda Pengajian Islam); Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan); dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami) Usas.-HM

5 Rentung: Jaga Kesihatan, Pesan Arwah Iqbal Kepada Adik Sepupu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker